Thursday, May 5

Kalam Abah..

Assalamualaikum wth..
Jawab salam tak? Tak jawab dosa...heeehehe.
Sihat?? Ececece..tiba-tiba nak caring pulak dalam blog ni. =P

Bulan lepas Aina baca artikel...tapi baru nak kongsi hari ini. Hehehe...sebeebb subjeknya penting!! Tentang seorang yang bergelar ayah...in my world, he is ABAH!!!

" Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya kembali kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya."
(Shahih Sunan Al-Tirmizi : no.1299)

Betapa tingginya kedudukan seorang ayah dalam Islam....

" Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak, akan tetapi ayahku ingin menghabiskan hartaku". Rasulullah s.a.w menjawab, " Kamu dan hartamu adalah milik ayah kamu."
(Shahih Sunan Ibn Majah, no.2291)

Bagaimana pula kalau ayah tidak pernah meminta tetapi kita sebagai anak tahu dia memerlukan bantuan??

" Seorang anak belum membalas jasa ayahnya sehingga dia mendapati ayahnya seperti seorang hamba, lalu dia membeli dan memerdekakannya. "
(Shahih Sunan Ibn Majah, no.3659)

Pentingnya dan tingginya gelaran seorang ayah di dalam Islam...tapi sayang, zaman sekarang ada sebahagian anak-anak yang tak tahu menghargai nilai seorang ayah, malah ada yang membenci dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan ayah sendiri.

Rasulullah mengingatkan, "Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya, maka dia kufur"
(Shahih al-Bukhari, no. 6768)

Sememangnya kadang-kadang kita melihat keburukan ayah di hadapan mata...sesiapa pun, termasuk Aina sendiri. Tapi, dia juga seorang manusia dan hamba Allah yang selalu diuji. Ya..!! Dia seorang ayah dan sewajarnya dia menunjukkan contoh yang baik pada isteri dan anak-anaknya. Tapi, wajarkah kita sebagai anak ingin menghukum dia atas segala kekurangan yang dia miliki? Andai kita yang berada di tempatnya suatu hari nanti, adakah kita akan sentiasa sempurna tanpa cacat-cela?

Maafkanlah segala kekurangannya dan doakanlah agar Allah memberinya hidayah serta membuka hatinya supaya berubah menjadi insan yang lebih baik. Bukankah itu doa terbaik yang seorang anak boleh berikan buat ayahnya? Berbeza kan kalau dibandingkan dengan kita terus-menerus membencinya?? Seriously dari pengalaman Aina, andai kita membenci seseorang...hatta orang tepi jalan yang kita tak kenal sekalipun, hati kita tak akan tenang. Inikan pula untuk membenci darah daging sendiri...mampukah kita hidup sebegitu?
 
" Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya (ibu dan ayah) kerana belas kasihan dan kasih sayangmu. "
(Surah al-Isra : 24)

Walau bagaimana sekalipun sikapnya...ingatlah, dia pernah menyayangi kita lebih daripada segala-galanya biarpun mungkin cuma sesaat.

To my abah...thank you for being my abah and my world ~


Wassalam..

1 comments: