Salam....
Alhamdulillah masih diberi nyawa hari ini dan kesempatan nafas yang Allah beri ini seharusnya kita gunakan sebaik mungkin untuk kebaikan kita dan orang lain....Senyumlah, ia kebaikan yang paling mudah tetapi dengan ganjaran yang besar.
Hari ini hari ke-2 terakhir aku di Villa Sri Kenanga, tingkat 14, umah no 2. Hehehe....dah nak pindah baru bagitau alamat umah. "Bagus" Aina ni, kan? Heee..~ Cerita pasal rumah, baru-baru ni Aina dengar talk tentang reaktor nuklear di Jepun daripada seorang pegawai di Nuklear Malaysia. Tak ingat pulak Aina namanya...tapi yang pasti kedatangan dia untuk menerangkan soal radioaktif yang tersebar luas disebabkan reaktor nuklear di Jepun tu. Tapi, apa kaitan dengan rumah? Hahaha... Katanya, kalau kita nak cari rumah, carilah rumah yang "background" radioaktifnya pada kadar minimal.
Bacaan "background" radioaktif ni didapati dari tanah (soil) dan hujan. Kalau nak tahu, bacaan radioaktif di Ipoh, Perak tak sama dengan Alor Setar, Kedah. Nak tahu kenapa? Sebab Ipoh ialah tanah perlombongan dan bacaannya agak tinggi dari purata bacaan "background" seluruh Malaysia. Huhuhu...saya orang Ipoh. Huaaa...~ Tetapi kalau nak banding dengan India, bacaan di sana jauh lebih tinggi, malah sangat tinggi sehingga melebihi paras selamat. So, duduklah di Malaysia ye. Anda sebenarnya lebih selamat di sini.
Ada satu badan kerajaan, AELB yang bertanggungjwab mengkaji kadar keradioaktifan di Malaysia supaya sentiasa berada pada paras terkawal. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang AELB ni, silakanlah lawat laman web www.aelb.gov.my. Dalam laman web ni, ada banyak info especially tentang reaktor nuklear di Jepun. Mengikut kata pegawai Nuklear Malaysia tu, kesan dari reaktor nuklear Jepun tak terlampau teruk berbanding Chernobyl. Korang tahu ke Chernobyl tu ape? Hmm...adik-adik yang tak tahu tu boleh check laman web ni ye : http://en.wikipedia.org/wiki/Chernobyl_disaster. Kalau nak info lebih, silalah taip Chernobyl dan google kan diri, ok...
So, tak perlulah risau incase ada hujan asid ke, atau apa-apa kesan lain. Kalau di Jepun pun, kesan radioaktif hanya memberi kesan pada bayi-bayi. Kadar radioaktif yang terlepas ke udara pun sangat rendah...berapa mSv je. But still, kata pegawai tu...kita harus berjaga-jaga. Tak salahkan?? Sebab mencegah kan lebih baik dari merawat? Hehehe....
Ok..itu je. Sebenarnya nak cerita pasal rumah idaman tapi tiba-tiba rasa macam tak penting. Hmm..rumah idaman saya...rupanya macam rumah tapi bila masuk dalam, rupanya macam spa. HAHAhaha...ting tong!!

0 comments:
Post a Comment